Jom mulakan! Pertama sekali, anda perlu tahu perbezaan setiap peranan dalam Swipey.
Untuk maklumat penuh, lihat disini.
Tonton video ini untuk mengetahui cara menjemput pengguna baharu, atau ikuti langkah-langkah di bawah secara berturutan.
Untuk menjemput pengguna baharu, log masuk ke dashboard admin anda. Pergi ke settings syarikat anda, klik “Employees” dan pilih “Invite Employees”
Ikuti langkah-langkah di skrin seterusnya dan pilih peranan yang sesuai.
Tip! Pastikan e-mel dan nombor telefon belum digunakan oleh pengguna lain sebelum ini.
Pilih kad untuk pengguna baharu. Bahagian ini adalah pilihan, anda boleh menetapkannya kemudian.
Apabila anda sudah selesai, klik Submit dan pengguna akan dimaklumkan melalui e-mel tentang langkah seterusnya!